Sunday, 22 April 2012

Siapakah pula Iblis??

Iblis bermula daripada jin yang bernama Azazil. Azazil adalah ketua masyarkat jin ketika Allah swt  menciptakan Nabi Adam a.s . Penentangan Iblis kepada perintah Allah swt berpunca drpd  perasaan sombong dan dengki kepada Adam a.s dan manusia keseluruhannya.

Azazil berasa kejadiannya lebih mulia  daripada  penciptaan manusia dan berpndapat golongan jin yang sepatutnya mentadbir bumi kerana mereka menghuni bumi 40 ribu tahun lebih awal dari manusia.

Azazil dikatakan mempunyai 2 jantina. Daripadanya lahirnya keturunan Iblis. Mereka semua tidak beriman dan mengepalai jin yang lain untuk menyesatkan manusia.

Berapa jenis kumpulan Iblis??

1. TSABAR
- menyesatkan org yg ditimpa musibah membisikan keluh-kesah dan menyalahkan ALLAH atas musibah yg berlaku.

2. DASIM
- memusnahkan kerukunan rumah tangga, ia menyuburkan rasa benci, curiga dan cemburu antara pasangan.

3. AL-A'WAR
- galakkan perlakuan zina dan keruntuhan moral, menaikkan syahwat terhadap wanita. Wanita xtutup aurat adalah antara kejayaannya.

4. MASWATH
- mencetuskan pembohongan dan fitnah, ia memberi idea penipuan dan bantu sebarkan fitnah. Media massa adalah medan yang paling ia gemari.

5. ZALNABUR
- suka tempat2 yg orang berkumpulan dan membisikan kata2 yang mewujudkan perselisihan dan permusuhan hinggakan berlaku pembunuhan.

No comments:

Post a Comment