Saturday, 28 April 2012

Cara mengekalkan kesihatan jiwa


1. Usah tergesa
- sesuatu tindakan perlu difikirkan sebab dan akibatnya. Jangan tergesa dalam bertindak. Dahulukan kehendak agama.

2. Jauhi hasad.
- Perasaan hasad meruntuhkan bangunan amal yang sudah dibina. Ia sebenarnya  memakan diri sendiri, bukannya orang yang dihasadkan. Jiwanya sentiasa tidak tenang kerana memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain.

3. Tawaduk
- Orang sombong terlupa ada yang lebih tinggi dan hebat berbanding mereka. Hakikatnya, sombong memperkecil dan merendahkan diri sendiri pada pandangan Allah dan manusia yang lain.

4. Berhenti berangan-angan yang panjang.
- Berangan-angan umur masih panjang dan masa masih banyak untuk membuat bekal amalan????
Hentikan berangan-angan yang tidak sudah. Menunda-nunda perbuatan baik atau tidak gerun dengan azab melakukan dosa kerana merasakan masa masih panjang merugikan diri. Jom segera beramal!!!

5. Isi sebelum kosong
- Sememangnya mengekalkan kesihatan jiwa tidak semudah merawat jiwa. Untuk mengelakkan jiwa kembali sakit , isilah jiwa dengan keperluan fitrahnya. Teruskan berdoa, teruskan baca al-Quran dan turut bersama dalam majlis ilmu. Semoga jiwa kita cenderung terisi dengan kebaikan, lantas dijauhkan daripada jiwa kosong, sakit dan melarat. ALLAHUMMA AMIN.

No comments:

Post a Comment