Wednesday, 25 April 2012

Neraka Lapar Mangsa!!!

Firman Allah SWT,
 "Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu." (Al-Baqarah 2;24)

Demikianlah firman Allah memberi pengkhabaran mengenai neraka agar manusia meninggalkan amalan dan sikap yang mengundang kemurkaanNya.

Neraka itu api. Api sifatnya membakar sebagaimana api yang kita manfaatkan di dunia. Nisbah kepanasan api dunia sangt kecil iaitu 1/70 kali berbanding nisbah kepanasan api neraka di akhirat.

Firman Allah SWT,
"Tidakkah engakau melihat api yang kamu nyalakan, kamukan yang menjadi kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya?? Kami menjadikan api itu untuk peringatan dan kegunaan bagi manusia." (Al-Waqi'ah 56; 71-76)

Peringatan - Maknanya. api dunia ini sebagai peringatan bagi api akhirat yang paling besar.

Ancaman Api Neraka untuk siapa????


Kepada orang yg suka bermain-main dengan dosa. Dosa kecik jangn dipandang remeh kerana apabila terhimpun ia menjadi banyak dan boleh membawa kepada dosa besar. Kesannya boleh menjerumuskan diri ke neraka.

Lihatlah api yang terhasil daripada gunung berapi, asalnya letusan dan asap kecik di dalam bumi tetapi membuak apabila kepanasan api meledak hingga memusnahkan makhluk di sekelilingnya.


Apakah bahan bakar api neraka????


Bahan bakar neraka terbahagi 2 jenis iaitu :

1. Berhala yang disembah
Berhala yang diperbuat daripada batu dan seumpamanya.

Firman Allah SWT :
  " Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah , adalah umpama Jahanam , kamu pasti akan masuk ke dalamnya " (Al-Anbiya' 21;98)

Setiap kali ahli neraka daripada kalangan manusia atau pun jin dihumbankan ke neraka , apinya menjadi semakin galak membesar. Gemuruh suara azab neraka semakin mengerikan. Api batu berhala yang sudah sangat panas itu menjadi semakin panas. Belum pernah terbayang atau terdetik  sedikit pun di hati manusia mengenai dasyatnya dan panasnya api neraka itu.

2. Batu asli neraka.
Batu yang memang disediakan khusus untuk menjadi bahan bakar neraka.

Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas mengatakan " Batu itu daripada jenis belerang, Allah menciptakannya sebelum penciptaan langit dan bumi. Lalu meletakkannya di langit dunia, yang disediakan untuk kafir."







No comments:

Post a Comment