Sebab utama kita mengantuk:
1. Makan terlalu banyak sebelum belajar
2. Tidur yang tidak cukup
3. Tidur yang tidak cukup-cukup
Kaedah terbaik mengatasi mengantuk:
1. Makan sekadar keperluan
- Makan ketika lapar, berhenti sebelom kenyang, insyaAllah sunnah Nabi ini bakal bantu kita dan memberi
fokus terbaik ketika belajar.
2. Jaga masa tidur
- Allah mencipta tidur itu untk kita merehtakan badan. Maka apabila sampai masa untuk tidur, tidurlah dengan selesa. Jangan terlebih ataupun terkurang.
3. Tidur apabila terlalu mengantuk
- Apabila kita mengantuk kerana terlalu penat melakukan sesuatu, maka tidurlah sebelum kita duduk di meja studi.
4. Belajar dengan aktif
- Dengan kata lain, elakkan membaca dengan menggunakan mata. Oh jadi nak guna apa??
Gunakan mata untuk melihat, mulut untuk membaca dengan kuat, tangan untuk mencatat atau menggariskan isi penting dan kaki untuk bangun sambil studi ketika mula bosan.
5. Berdoa
- Berdoa dan merayu kepada Allah agar kita diberikan tenaga dan semangat untuk belajar tanpa gangguan mengantuk. InsyaAllah , Allah membantu kita dalam pelbagai cara.
No comments:
Post a Comment