Monday, 23 April 2012

Apakah yg dimaksudkan dengan kod E???

Ampa da terpkir x pa yg dimaksudkan dengan kod nombor E .
Ya ramai yg xtaw pasai kod E . Kod E ialah kod untuk bahan tambahan(aditif). Kod nombor ini digunakan secara meluas pada label makanan di Negara Kesatuan Eropah (EU). "E" itu sendiri akronim bagi Eropah,

Bahan aditif ialah bahan yang  senaja ditambah yang selamat dimakan ke dalam makanan dalam kuantiti yang terkawal bagi mempengaruhi , memperbaiki atau mengekalkan kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan, dan pembungkusan.

Penomboran E adalah mengikut Sistem Penomboran Antarabangsa (International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius

*Codex Alimentarius- Bahasa Latin yang bermaksud "kod makanan/ buku makanan"


Tak semua bahan aditif ini bersumberkan  khinzir bagi sesetengah beranggapan sedemikian.
Bahan2 aditif ini adalah yg bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikroorganisma, kimia dan haiwan.

E471 
- Nombor E yg paling popular dan sering ditanya oleh pengguna Muslim. Tambah mengesahkan apabila banyak hebahan2 melalui emel tentang kod ini yg tidak berasas. Asal E471 ja haram. Bukan!!!
Ia tidak begitu.
- E471 adalah sejenis pengemulsi iaitu mono dan digliserida. Sumbernya adalah daripada lemak sintetik yang terhasil daqi gliserol dan asid semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (ex : minyak kelapa sawit)
atau lemak haiwan.




KATEGORI E :


E100-E199 - PEWARNA


E200-E299 - PENGAWET


E300-E399 - OKSIDAN
                   - FOSFAT
                   - ANTIOKSIDAN
                   - PENGAWAL ASID


E400-E499 - PEMEKAT
                   - PELEMBAP
                   - PENSTABIL
                   - EMULSIFIE


E500-E599 - GARAM
                   - REGULATOR ASID
                   - AGEN PENGHALANG KERAK


E600-E699 - PENAMBAH PERASA


E900-E999 - PEMANIS
                   - BAHAN-BAHAN LAIN


E1000-E1999 - BAHAN KIMIA TAMBAHAN





No comments:

Post a Comment