"Ada 7 golongan yang akan Allah naungi di bawawah 'Arasy-Nya pada hari yang tiada tempat bernaung, kecuali naungan-Nya iaitu:
- Pemimpin yang adil. Tiada dipedulikan pemimpin yang zalim dan suka mengaut keuntungan untuk peribadinya.
- Pemuda yang giat beribadah kepada Allah. Tiada dipedulikan pemuda yang malas dan leka.
- Orang yang berzikir kepada Allah di tempat sunyi sampai air matanya mengalir kerana takutnya kepada Allah.
- Orang yang hatinya selalu terkait dengn masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk masjid.
- Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga orang lain yang ada di kanan dan kirinya tidak mengetahuinya.
- 2 orang yang saling mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah. ( Bukan couple norhh)
- Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik, tetapi dia menolaknya dengan berkata: "Aku takut kerana Allah."
Sedekah yang di anjurkan untuk iberikan secara sembunyi-sembunyi adalah sedekah yang sifatnya sunnah, bukan wajib seperti zakat.
Abu Samah telah menyebutkan tujuh golongan tersebut dalam syairnya.
Nabi al- Mustafa telah bersabda:
" Sesungguhnya ada 7 orang yang akan Allah naungi dalam naungan-Nya iaitu saling mencintai kerana Allah, memelihara kesucian diri, sejak muda tumbuh dalam ibadah, tulus bersedekah, menangis kerana Allah, kalbunya bergantung di masjid dan pemimpin yang adil."

No comments:
Post a Comment