dan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" meninggalkan kesan yang mendalam pada hati saya.
Namun amat sukar untk mencari orang yang dapat memenuhi ciri-ciri yang diceritakan dalam hadith ni.Hadith memang mudah dah ringkas untuk dihafal tetapi amat berat untuk dipraktikkan.
Beberapa panduan untuk mencapai pengukuhan roh ukhuwah:
1.Menyatakan rasa kasih
- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang mencintai saudaranya,maka hendaknya ia memberitahu kepadanya."
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).
2.Saling Mendoakan
- Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Doa seorang sahabatnya kepada sahabat yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan akan diterima pleh Allah s.w.t." (Riwayat Muslim)
3.Menampakkan wajah yang ceria
- Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: " Janganlah engkau meremehkan apa-apa sahaja kebaikan (yang datang daripada saudaramu). Jika engakau berjumpa saudaramu, berikan dia senyuman kegembiraan," (Riwayat Muslim)
4.Bersalaman apabila bertemu
- Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya berjabat tangan apabila bertemu dengan saudara mereka. Hal ini sesuai dengan hadith yang bermaksud: "Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa kemudian mereka berjabat tangan melainkan kedua-dua akan diampunkan dosa-dosa nereka sebelum berpisah." (Riwayat Abu Daud)
5.Menziarahi
- Nabi Muhammad s.a.w bersabda, Allah s.w.t. berfirman yang bermkasud: " Oranag yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku, orang yang saling memberi kerana Aku, orang yang saling berhubungan kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih sayang-Ku."
(Riwayat Ahmad)
6.Sebarkan salam
- Rasulullah s.a.w bersabda, ertinya: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim lainnyaada enam: jika kamu bertemu dengannya ucapkan salam kepadanya..." (Riwayat al-Bukhari,Muslim dan Ahmad)
7. Beri hadiah
-Imam Dailani meriwayatkan daripada Anas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kerapkan saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat meneguhkan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati."
(Riwayat al-Tabrani)8.Cakna keperluan saudara
- Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ertinya: "Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin di dunia, pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat . Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim pasti Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya."
No comments:
Post a Comment