Thursday, 12 April 2012

Kata-kata mutiara IMAM SYAFIE tentang kehidupan

* Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jikan tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya

* Menurut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat

* Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan di ampunkan kehinanaannya

* Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat , juga hendaklah dia mencaru ilmu.

* Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan

* Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.

* Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.

* Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya. dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.

* Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di ahri akhirat.

* Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.

No comments:

Post a Comment