Tuesday, 18 September 2012

Sujud Tilawah..




Apabila sampai membaca ayat 15 (Surah As- Sajdah), kita disunatkan sujud Tilawah.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh
sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud Tilawah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, baginda (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga
turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah baginda berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (Hadis Riwayat Bukhari)

Bacaan ketika Sujud Tilawah:

Maksudnya: "Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan Kekuatan- Nya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta."

No comments:

Post a Comment