Info Solat ^__^
Amalan menyapu muka sebelum tamat solat tidak digalakkan. disebutkan dalam Sunan Ibn Majah ;
" Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 'Sesungguhnya, ada daripada kalangan al-jufa', seorang lelaki menyapu dahinya apabila selesai solat "
Maksud al-jufa' dihuraikan oleh ulama sebagai tindakan tidak serius seolah2 berpaling daripada solat, ditolak dan tidak disukai kerana tindakan itu menafikan khusyuk (Fayd al-Qadir jil.2 hlm 562)
Jika ingin melakukan perbuatan ini, disarankan

- Melakuakn seperti disarankan dalam hadith daif, iaitu menyapu dahi dengan tangan kanan dan membaca doa yang disebut dalam hadith tersebut.
- Tidak beriktikad bahawa amalan ini sunnah Rasulullah s.a.w kerana disiplin untuk beramal dengan hadith daif adalah dengan tidak meyakini nisbahnya kepada Rasulullah.
- Tidak beriktikad bahawa amalan in pasti membawa sesuatu kebaikan berbentuk pahala dan kerohanian kerana kebaikan dalam bentuk ini hanya boleh diyakini jika ia datang daripada hadith sahih atau hasan, tetapi apabila ia datang daripada hadith daif. Kita hanya boleh berharap agar mendapat sesuatu kebaikan daripadanya.
- Tidak menjadikan ia setanding atau seperti ibadat khusus, malah perlu disedari bahawa ia perbuatan yang mustaqil(terasing) daripada pergerakan asal solat. Ringkasannya, ia boleh dianggap sebagai satu pergerakan yang dibuat di luar solat..
wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment