Tuesday, 18 September 2012

‎10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masawalau sedikitpun, ke
rana perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab fusha ( bahasa a'rab yang betul atau baku ) kerana bahasa Arab yang fusha itu adalah satu syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkardalam apa perkara jua sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.



5. Janganlah banyak 
ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram.


6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sung guh dalam sebarang perkara.



7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar, kerana yang demikian itu adalah suatu rasmiyang sia-sia, malah menyakiti hati orang lain.



8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-periba di orang, mengecam pertubuhan-pert ubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberikan kebajikan.



9. Berkenal-kenal lah dengan setiap saudara muslimin yang saudara temui sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan, kerana asas pergerakan seruan kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.



10. Kewajiban-kewaj iban kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu bantulah saudaramu seperti saudara melakukan tugas sendiri, maka ringankanlah perlaksanaannya 



No comments:

Post a Comment