Friday, 15 February 2013

IImu mesti dihafal ... ^__^

Tip Menghafal..
  1. Jauhkan maksiat dan banyak bermain.
    - hafalan yang kuat bermula daripada minda yang jernih dan hati yang bersih.
  2. Kurangkan Makan dan Tidur.
    - "Sesiapa yang kenyang dengan makanan halal, ia akan banyak minum dan banyak tidur, kemudian menyesal kerana telah melewatkan keuntungan."
  3. Cintai Pelajaran dan Baca berulang2.
    - sapa yang menyukai sesuatu pelajaran atau ilmu, ia akan selalu membacanya supaya mudah ingat. Berikut Abu Ishaq al-Shirazi : " Aku selalu membaca pelajarankn seribu kali agar benar2 menghafalnya."
  4. Cari masa yang tepat untuk menghafal
    - waktu malam dan sebelum subuh ialah saat yang paling tepat untuk menghafal pelajaran. Abu Uwais berkata ; " Jika engkau hendak menghafal sesuatu, maka tidurlan lalu bangunlah sebelum subuh. Buka lampu, kemudian bacalah. Sesungguhnya engkau tidak akan lupa setelah itu, insyaAllah." ^__^
  5. Praktik Ilmudan Muzakarah bersama sahabat.
    - Ilmu akan melekat di hati kita jika ia diamalkan dan dipraktikkan. Ibrahim al-Nakha'i berkata : " sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun ia mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya."
SELAMAT BERAMAL.. ^____^ Semoga ia bermanfaat untuk kita..dengan perkongsiaan ini..insyaAllah

Nama Allah ....As-Salam

As-Salam..

Mari kita berkenalan dengan nama Allah As-Salam
  1. Ia membawa erti keamanan, ketenangan, dan kesejahteraan.
  2. Allah selamat daripada sebarang kekurangan dan keaiban yang boleh mencacatkan kebesaran dan keagungan Nya
  3. Merupakan suatu pujian Agung kepada Allah yang amat memberikan keselamatan dan kesejahteraan yang melata di dunia dan akhirat.. ^_^

Allah menciptakan tubuh badan kita selamat dan sejahtera dalam beberapa keadaan antaranya :

  1. Badan kita bergerak ke kiri dan kanan ketika tidur kerana saluran darah yang ditindih oleh berat badan kita akan tersekat. ^__^. Allah melimpahkan kesejahteraanNya kepada kita memberi keistimewaan kepada otak bahawa keadaan badan akan beralih sendiri untuk memastikan pengaliran darah berjalan lancar.
  2. Ketika kita tidur air liur akan banyak terkumpul di dalam mulu. Maha suci Allah yang memiliki sifat AS-SALAM memberikan keselesaan kepada kita ketika kita tidak sedarkan diri melalui proses masuknya air liur ke dalam salur perut secara autometik. ^__^
  3. Seluruh badan kita tidak bergerak ketika tidur, namun jantung tetap berfungsi menjalankan aktivitinya.SubhanAllah..

    Sesungguhnya Kuasa Allah tiada tandingan.. Allahu Akbar ^_____^