Friday, 15 February 2013

Nama Allah ....As-Salam

As-Salam..

Mari kita berkenalan dengan nama Allah As-Salam
  1. Ia membawa erti keamanan, ketenangan, dan kesejahteraan.
  2. Allah selamat daripada sebarang kekurangan dan keaiban yang boleh mencacatkan kebesaran dan keagungan Nya
  3. Merupakan suatu pujian Agung kepada Allah yang amat memberikan keselamatan dan kesejahteraan yang melata di dunia dan akhirat.. ^_^

Allah menciptakan tubuh badan kita selamat dan sejahtera dalam beberapa keadaan antaranya :

  1. Badan kita bergerak ke kiri dan kanan ketika tidur kerana saluran darah yang ditindih oleh berat badan kita akan tersekat. ^__^. Allah melimpahkan kesejahteraanNya kepada kita memberi keistimewaan kepada otak bahawa keadaan badan akan beralih sendiri untuk memastikan pengaliran darah berjalan lancar.
  2. Ketika kita tidur air liur akan banyak terkumpul di dalam mulu. Maha suci Allah yang memiliki sifat AS-SALAM memberikan keselesaan kepada kita ketika kita tidak sedarkan diri melalui proses masuknya air liur ke dalam salur perut secara autometik. ^__^
  3. Seluruh badan kita tidak bergerak ketika tidur, namun jantung tetap berfungsi menjalankan aktivitinya.SubhanAllah..

    Sesungguhnya Kuasa Allah tiada tandingan.. Allahu Akbar ^_____^


No comments:

Post a Comment