Thursday, 15 May 2014

Oh Alia II

...sambungan daripada entri sebelum ni yang bertarikh 14 May 2013

Hanif dan Alia melanjutkan pelajaran mereka diperingkat Ijazah di universiti yang sama yakni Universiti Malaya (UM). Mereka tinggal di rumah ibu Alia dan berulang alik ke kampus dengan menaiki kereta Produa Myvi... Selepas 2 tahun mereka melanjutkan pelajaran, Hanif merasa ingin memiliki seorang anak, supaya ibu Alia tidak keseorangan tetapi dalam benak fikirannya memikirkan tentang pelajaran Alia, risau pelajaran Alia tertangguh. Hati kecilnya berkata " nanti kena bincang dengan Alia dulu"

     Seperti biasa kelas Alia tamat pada jam 6 petang jika tidak ada kelas malam, jika ada Alia akan pulang dahulu dan pergi semula ke kampus lepas maghrib untuk kelas malamnya.Begitu juga dengan Hanif tamat pada masa yang sama, dan Hanif akan jemput Alia di fakulti. Kira-kira jam 6.30 petang mereka akan sampai dirumah. Setiba dirumah, seperti biasa ibu Alia akan menyambut mereka dan sediakan makanan untuk mereka, walaupun sudah berapa kali Alia memesan pada ibunya supaya tidak menyediakan makanan untuk mereka kerana risau ia menyusahkan ibunya.Tapi ibu mana tidak kesihan tengok anaknya pergi pagi pulang hampir nak malam dah. Selepas bersalaman dengan ibu Alia, Hanif akan terus ke bilik untuk bersihkan diri dan menyalin pakaiannya. Hanif masih memikirkan tentang rencananya untuk berbincang dengan Alia tentang memiliki anak, tetapi Hanif sangat teliti segala tindakannya supaya tidak menganggu rencana Alia dan ibunya.

    Seusai solat Maghrib, mereka akan bertadarus sehingga masuk waktu isyak dan solat Isyak berjemaah.
Selepas solat, Hanif dan Alia akan mula membelek kerja-kerja yang perlu mereka siapkan sebelum kelas esok bermula. Pada masa yang sama Hanif membisik kepada Alia "abang nak bincang sesuatu boleh?".
Alia terus mengangguk tanda bersetuju. Hanif mula mengajak Alia ke tempat yang agak jauh dari pendengaran ibu Alia. Hanif agak tergagap untuk menyatakan hasratnya kepada Alia, dengan penuh hormat Alia berkata " abang bagitahu ja, InsyaAllah Lia akan cuba tunaikan permintaan abang".
Terkeluar dengan spontanya dari mulut Hanif " abang nak anak". Alia terkesima mendengar kata-kata spontan tersebut. Balas Alia " laa ingatkan apa tadi, abang ni buat risau Lia ja".."Tapi abang risaukan Lia, kita kan masih belajar, lia masih ada 3 tahun lagi, abang 2 tahun lagi untuk grad, abang bukan apa risaukan mak, kesian pada mak duduk sorang-sorang, kalau ada cucu boleh jugak mak main-main dengan cucu". Kata Hanif dengan penuh rasa sayu. Alia dengan cepatnya membalas "eh abang ni, belajar sampai mati pun xkan habis, ok jelah kalau lia preggy pun, tiada masalah besar pun, dah tanggungjawab lia kan sebagai isteri abang untuk melahirkan zuriat abang, tapi betul jugak cakap abang, kesian pada mak..kita pergi kelas tiada sapa di rumah.".Beberapa ketika selepas mereka berbincang dan mengatur segala plan. Hanif sangat rasa gembira dan bersyukur kerana segala hasratnya telah dia sampaikan kepada isterinya yang tersayang.



    Alia mula merasa tidak sedap badan, pada kuliahnya yang terakhir pada minggu tersebut Alia jatuh pengsan di fakultinya, Fakulti Perubatan UM. Alia dibawa oleh kawan baiknya Hana ke pusat perubatan di UM tersebut. Hana dengan cemas menelefon Hanif supaya datang segera ke sana untuk melihat isterinya. Alia tidak sedarkan diri selama 1 jam, Hanif mula runsing kerana risau akan sesuatu terjadi pada Alia. Selepas mendapat rawatan, Alia disahkan mengandung selama 2 bulan. Hanif dengan terkejut berkata "2 bulan prof!, tapi kenapa saya tengok Alia tiada perubahan pada tubuhnya" .Dengan tersenyum doktor di PPUM  tersebut memberitahu " saya yang selalu mengajar Alia pun xperasan oleh sebab Alia tidak mengalami sebarang alahan dan tubuhnya yang terlalu kurus, nanti awak nasihatkan Alia supaya makan lebih lagi ye, kalau tidak akan ada masalah nanti"

    Setelah Hanif membawa pulang Alia dalam keadaan hatinya gembira bersulam rasa risau oleh sebab kata-kata doktor di pusat perubatan tadi. Setiba dirumah ibu Alia menyambut mereka dalam keadaan risau kerana tidak mengetahui keadaan Alia selepas mendapat panggilan talefon dari menantunya Hanif. Hanif dengan tenang memberitahu ibu mertuanya " mak jangan risau ye, Lia tak da apa-apa, Lia cuma pengsan sebab bawa orang" .. ibu Alia terus tergamam sebab salah dengar atau betul perkara tersebut.. " bawa orang?, maksud Nif, Lia dah berbadan dua? tanya ibu mertuanya."Ya mak". balas Hanif.

    Pada minggu berikutkan Alia dan Hanif menjalani kehidupan seperti biasa, cuma Hanif berulang kali bertanya khabar Alia selepas habis setiap kuliahnya kerana risau akan keadaan Alia. Hanif sangat mengambil berat keadaan isterinya sehinggakan waktu lepak bersama rakannya sudah kurang. Hanif sangat aktif dalam usrah dan kegiatan dakwah islamiah di kampusnya, selain itu Hanif jugak bergiat aktif dalam pelbagai program kemasyarakatan. Alia juga bergiat aktif dalam pelbagai kelab dan persatuan di kampus, contohnya Kelab Pencita Alam, Persatuan Islam dan lain-lain, tetapi segala gerak kerja Alia mula kurang aktif oleh sebab dia preggy dan makin tidak larat untuk menyertai sebarang aktiviti yang berkaitan luar kampus. Alia tidak pernah merungut letih atau penat ketika dia sedang mengandung, sebaliknya Alia sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan kepadanya untuk mengandung dan bakal melahirkan khalifah Allah ke dunia ini. Pelajaran Alia jugak tidak terganggu, malah Alia makin cemerlang dalam pelajarannya, hampir setiap semester Alia mendapat anugerah pelajar terbaik fakulti perubatan.

    Sebulan lagi genap 9 bulan Alia mengandung, Alia sudah semakin tidak larat dan Alia sedang menduduki peperiksaan akhir semesternya. Dia berusaha sedaya upaya untuk habiskan semesternya dengan menduduki peperiksaan akhir. Alia mendapat kelonggaran oleh pihak fakulti jika beliau tidak dapat hadir ke kuliah tanpa ada sebarang tindakan diambil ke atasnya. Hanif akan menemani Alia untuk mengulangkaji pelajarannya. Alia selalu akan meminta Hanif untuk tidak menemaninya sehingga lewat malam. " Abang tidurlah dulu, jangan risau InsyaAllah Allah kan ada teman Lia, Lia xnak menyusahkan abang" kata Alia setiap kali Hanif menemaninya. Hanif tetap akan menemani Alia sehingga tertidur kadang-kadangnya. Hanif tamat peperiksaan akhirnya awal seminggu dari Alia, Alia masih lagi tinggal 2 paper terakhir lagi. Alia risau kerana dia mula rasa sakit sikit demi sikit dibahagian bawah perutnya. Dalam benak fikirannya hanya memikir " eh xkan kot, lagi sebulan lagi duenya, harap sempat habiskan 2 paper lagi, InsyaAllah".

    Pada hari peperiksaan terakhirnya yang akan berakhir jam 5 petang, Hanif setia menunggu Alia di luar dewan peperiksaan dengan penuh kesabaran dan kerisauan. 1 jam lagi akan tamat peperiksaan Alia.Di dalam dewan peperiksaan, dengan penuh ketekunan Alia menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan sakit, Alia mula menjawab paper tersebut pukul 2 petang dan Alia sudah lengkap menjawab pada jam 3.50 petang oleh sebab kesakitannya semakin menjadi-jadi. Walaupun begitu Alia cuba untuk menyemak semula jawapannya satu per satu. Pada jam 4.13 petang Alia mula rasa tidak tertahan kesakitannya, dan dia cuba untuk memohon untuk keluar lebih awal. Tidak sempat berdiri untuk keluar, Alia sudah terbujur kaku di sebelah kerusinya, para pengawas peperiksaan dengan gegas mengangkat Alia dan membawa Alia keluar dari dewan. Hanif yang sedang menunggu Alia tiba-tiba terkaku melihat Alia diusung keluar oleh pengawas peperiksaan, Hanif bergegas untuk mendapatkan Alia pada masa yang sama hati kecilnya berbisik "Allah..Allah, Engkau peliharakanlah isteriku dan anakku" bercucuran air matanya keluar. Alia dibawa ke Pusat Perubatan UM (PPUM) dan Alia terus dibawa ke labour room kerana risau kemungkinan Alia perlu melahirkan zuriatnya sebulan lebih awal pada tarikh yang dijangkakan. Hanif pula mundar-mandir diruang menunggu selepas dia menelefon ibu mertuanya memberitahu keadaan Alia. Di mulut Hanif hanya mampu berzikir kepada Allah dan memohon pertolongan dariNYA.

    Tepat jam 6.30 petang doktor Amirah keluar dengan senyum dan mencari kelibat Hanif disekitar ruang menunggu untuk memberitahu berita gembira dan sedih pada Hanif. Doktor Amirah terus menuju ke satu penjuru di mana Hanif sedang duduk dalam keadaan gelisah. " Tahniah Hanif, Alia sudah melahirkan anak-anak kamu" sapa Doktor Amirah. " Ya Allah Alhamdulillah ya Allah, tp dok kenapa anak-anak? balas Hanif kepada Doktor Amirah. " ye anak-anak, kamu xtahu yang Alia mengandung kembar 3?" soal Doktor Amirah kepada Hanif. " 3 dok/!!! Allah..Alhamdulillah, Alia tidak pernah beritahu saya, walau saya selalu tanya tahap kesihatan kandungannya" balas Hanif lagi. "Tapi Hanif, Allah lebih sayangkan anak kamu yang ketiga kerana ia lemas dalam kandungan oleh sebab tubuh Alia terlalu kecil untuk menampung 3 bayi sekali gus, maafkan saya Hanif, segalanya ditangan Allah kita sebagai hambaNYA, hanya mampu menerima segala Qada dan Qadarnya yang telah ditetapkan."sambung Doktor Amirah lagi. Tidak sempat Hanif habiskan senyuman gembira dan tanda syukurnya, hatinya bagai dipanah rasa kesedihan yang bertambah lagi apabila Doktor Amirah menceritakan tentang kehilangan anak yang ketiganya. Hanif terus berlari mencari Alia, dan terus mendakap erat Alia dalam pelukkannya. Alia yang kelihatan lemah terus bercucuran air matanya sambil bertanya "Kenapa ni abang?, Lia ok abang, Alhamdulillah Allah telah permudahkan segalanya.". Hanif diam seribu bahasa hanya air mata berbicara cinta di matanya. " Abang, kalau Lia bagitahu sesuatu, abang perlu janji kena banyak bersabar ye, sebanarnya anak kita 3 orang, tapi Allah lebih.. " belum sempat Alia menghabiskan kata-katanya, Hanif terus memotong "abang dah tahu Lia, xpa Lia abang redha, Lia masih ada disisi abang pun, abang dah sangat-sangat bersyukur kepada Allah"

    Sepasang anak Hanif dan Alia di beri nama Muhammad Ammar dan Anis Munirah. Anak-anak Hanif dan Alia dijaga oleh ibu Alia. Semasa Alia dalam pantangnya, Allah menguji lagi, Hanif terlibat dalam kemalangan dan hampir merangut nyawa Hanif. Hanif koma selama 2 bulan dan terlantar di hospital UKM (HUKM) tanpa sedar. Semester baru akan dibuka xlama lagi, Alia tidak jemu-jemu menunggu Hanif di HUKM, dan tiba-tiba terlintas idea untuk menangguhkan dahulu kuliahnya, sudah semestinya Hanif akan ditangguhkan kuliahnya. Dengan kuasa Allah, Hanif mula sedar dari koma, dan ingatannya agak terganggu, dia tidak dapat ingat siapa Alia dalam hidupnya. Alia pegang erat tangan Hanif, kadang-kadang Hanif akan menolak dan berkata "awak siapa?, awak bukan mahram bagi saya, jangan pegang saya". Hati Alia bagai dihiris, tetapi Alia tetap sabar dan memohon doa kepada Allah pada tiap masa. Pada hari Hanif di discharge dari HUKM, Hanif dibawa pulang kerumah ibu Alia yakni ibu mertuanya. Hanif kelihatan masih blur dengan keadaan sekelilingnya, dan tiba-tiba Hanif menyebut nama Ammar dan Anis apabila terpandang Ammar dan Anis sedang terbaring di atas toto kecil yang diletak berhadapan dengan ruang tamu rumah itu. Hanif bertanya " anak saya kan?" sambil menunjukkan kearah anak-anak itu. Ibu mertuanya lantas menjawab pertanyaan tersebut " ye Nif, tu anak-anak kamu dengan Alia, ni Alia isteri kamu, xkan kamu xingat langsung siapa Alia". Hanif menggelengkan kepalanya tanda tanda tidak ingat. "tapi mak isteri Hanif nama dia Alisa, Nif xkenal siapa Alia" kata Hanif kepada ibu mertuanya. Ibu mertuanya terus membalas lagi " Nif Alisa tu nama Alia juga, nama isteri kamu Nur Alia Alisa, tapi mak dan kamu panggil dia Alia". Hanif masih bingung dik kerana kata-kata ibu mertuanya itu. Alia hanya tunduk terdiam dan tidak jemu-jemu menyebut nama Allah yang Maha Esa.

  Setiap hari Alia akan merawat dan menjaga Hanif, cuci berak dan kencingnya dan memandikan dan menukar pakaian Hanif dan tolong ambilkan air untuk Hanif berwuduk. Hanif terpaksa dilayan sebegitu kerana keadaan kedua belah kakinya dan sebahagian badanya masih belum sembuh dan kukuh untuk berdiri dan berjalan. Alia tidak pernah mengeluh walau Hanif masih tidak tegurnya seperti dulu lagi, malah Alia selalu beri kata-kata semangat untuk Hanif untuk terus kuat menghadapi ujian Allah. Ketika Alia menyuap makanan untuk Hanif, tiba-tiba Hanif tanya " benar awak isteri saya, awak boleh buktikan yang awak adalah isteri saya?". Alia dengan hormat menjawab " ya benar saya isteri abang, kejap saya pergi ambil sijil nikah kita." Alia terus meletakkan pinggan nasi yang dipegang tadi di atas meja yang bersebelahan katil tempat Hanif duduk makan tadi dan berlalu pergi meninggalkan Hanif. Beberapa minit kemudian Alia masuk dengan membawa fail yang mempunya dokumen-dokumen penting antaranya sijil perkahwinan mereka. Alia terus menghulurkan sijil tersebut dan menunjukkan tarikh perkahwinan mereka yang bertarikh 6 September dan menghulurkan sijil lahir anak-anak mereka. Ketika Hanif sedang asyik membaca, air mata Alia bercucuran membasahi pipinya dan mengharap suaminya pulih dari segala kesakitan. "ya awak isteri saya yang sah.......ermm maafkan abang Alia Alisa, abang xdapat ingat langsung tentang Lia" kata Hanif kepada Alia sambil menarik Alia jatuh kedalam dakapannya". " Alhamdulillah ya Allah, Kau sudah kembalikan suamiku", bisik Alia dalam hatinya.

   Pada beberapa minggu selepas itu, Alia menerima surat yang dihantar oleh Abang Posmen, dengan rasa ingin tahu yang meninggi, Alia terus koyak dan membaca surat tersebut. "TAHNIAH NUR ALIA ALISA BINTI MUHAMMAD HAMDAN, ANDA TELAH DITAWARKAN MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG PERUBATAN (NEUROLOGY) DI Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Russia" sebahagian ayat yang dibaca oleh Alia dengan terkejut. Alia terus ke bilik meluru kearah Hanif dan  memberikan surat tersebut kepada Hanif. Hanif hairan akan tingkah laku Alia yang agak kelam kabut datang kepadanya. Hanif membaca surat tersebut dan dan berkata dengan sayu. " Lia nak tinggalkan abang?, Abang izinkan Lia pergi kalau Lia nak pergi, apa saja untuk kebaikan Lia abang sokong dan izinkan.". "sebenarnya abang, ni adalah cita-cita Lia sejak sekolah nak jadi Neurologist, tapi Lia tidak akan terima tawaran ni, kerana Lia ada tanggungjawab besar sebagai seorang isteri, Lia nak jaga abang, anak-anak kita dan mak". kata Alia kepada suaminya. Pada keesokkan harinya, Abang Posmen menghantar lagi surat kerumah itu. Alia mengambil dan mengucapkan terima kasih kepada Posmen tersebut. Alia terus membuka dan membaca dengan teliti. "TAHNIAH MUHAMMAD HANIF BIN AHMAD SAUFI, ANDA TELAH DITAWARKAN MELANJUTKAN PELAJARAN ANDA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN MEKANIKAL AEROANGKASA DI The Bauman University, Russia" Selepas membaca kenyataan tersebut Alia terus tersenyum lebar kerana mereka mendapat tawaran di universiti yang sama negara. Alia dengan gembiranya memberitahu Hanif dan membacakan surat tersebut dihadapan Hanif. Hanif mula rasa selesa kerana cita-citanya juga hampir tercapai.
...
Sambungannya dalam episode terakhir Oh Alia

No comments:

Post a Comment