Monday, 7 May 2012

7 Cara memujuk rakan Emo





Emo diambil dari perkata Emosional
- dalam Kamus Dewan edisi ke4 bermaksud cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan.
Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang yang emo ini ialah membaling/campak barang2 disekelilingnya, bercakap sendirian, memaki hamun, murung, sentiasa berasa serba salah dan berbagai lagi...

Apa yang patut kita buat untuk menghadapi rakan yang emo??
InsyaAllah ada 7 cara yang sesuai :

1. Mengambil wuduk
- mengajak rakan kita sama-sama untuk berwuduk.

2.Menulis sesuatu yang positif
-Berikan beberapa helai kertas pada rakan dan minta dia menulis apa yang dicita-citakan dan kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif boleh meransang fikiran keara yang lebih baik.

3.Memujinya dengan seadanya
-memujinya dengan seadanya,kita katakan padanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik/hansome/cute, dan alangkah baiknya kalau kebijaksanaan dan kecantikan  itu kita luahkan syukur pada Allah. Dengan itu nanti, dengan izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.

4.Tunjukkan kasih sayang.
-bertanyakan pada rakan yang sedang emo seperti : nak makan apa?? nak minum apa?? nak baca apa?? atau  nak usha apa?? apa...apa apa aja, asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat dan kalau boleh lakukan bersama-sama rakan.

5.Berbual-bual dan berada disampingnya.
-Usah biarkan rakan kita yang emo bersendirian atau melakukan apa2 seorang diri,kita harus turut serta. Sebaik-baiknya kita berbual-bual dengannya sesuatu yang mengembirakan, tapi jangan sesekali kita melayan cerita beremosi.

6.Meminta maaf
-Ringan kan lidah untuk bermohon maaf andainya kita yang menyebabkan rakan kita emo, mengaku akan kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya.

7.Perlihatkan kepadanya betapa indanya Islam.
-seseorang yang rapat dengan rakan biarlah mempunyai pegangan agama yang baik.Jika rakan kita seorang yang agak degil, kita cari sesorang yang rapat dengannya untuk memujuk seperti adik-beradik atau guru dan sahabat yang lain.




No comments:

Post a Comment