Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.
Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
Monday, 14 May 2012
Monday, 7 May 2012
7 Cara memujuk rakan Emo
Emo diambil dari perkata Emosional
- dalam Kamus Dewan edisi ke4 bermaksud cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan.
Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang yang emo ini ialah membaling/campak barang2 disekelilingnya, bercakap sendirian, memaki hamun, murung, sentiasa berasa serba salah dan berbagai lagi...
Apa yang patut kita buat untuk menghadapi rakan yang emo??
InsyaAllah ada 7 cara yang sesuai :
1. Mengambil wuduk
- mengajak rakan kita sama-sama untuk berwuduk.
2.Menulis sesuatu yang positif
-Berikan beberapa helai kertas pada rakan dan minta dia menulis apa yang dicita-citakan dan kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif boleh meransang fikiran keara yang lebih baik.
3.Memujinya dengan seadanya
-memujinya dengan seadanya,kita katakan padanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik/hansome/cute, dan alangkah baiknya kalau kebijaksanaan dan kecantikan itu kita luahkan syukur pada Allah. Dengan itu nanti, dengan izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.
4.Tunjukkan kasih sayang.
-bertanyakan pada rakan yang sedang emo seperti : nak makan apa?? nak minum apa?? nak baca apa?? atau nak usha apa?? apa...apa apa aja, asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat dan kalau boleh lakukan bersama-sama rakan.
5.Berbual-bual dan berada disampingnya.
-Usah biarkan rakan kita yang emo bersendirian atau melakukan apa2 seorang diri,kita harus turut serta. Sebaik-baiknya kita berbual-bual dengannya sesuatu yang mengembirakan, tapi jangan sesekali kita melayan cerita beremosi.
6.Meminta maaf
-Ringan kan lidah untuk bermohon maaf andainya kita yang menyebabkan rakan kita emo, mengaku akan kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya.
7.Perlihatkan kepadanya betapa indanya Islam.
-seseorang yang rapat dengan rakan biarlah mempunyai pegangan agama yang baik.Jika rakan kita seorang yang agak degil, kita cari sesorang yang rapat dengannya untuk memujuk seperti adik-beradik atau guru dan sahabat yang lain.
Dari mata ibu
Dari mata ibu
kasihnya laksana bulan
menerangi kala kegelapan
membina lorong-lorong kecemasan
Dari mata ibu
kasihnya laksana awan
memayungi kala terik
menghembuskan angin salju
Dari mata ibu
Kasihnya laksana mentari
mengerahku kala tidak bermaya
sumber tenaga untuk berjaya
Dari mata ibu
tusukkan duri bisa padanya
perit itu peritnya
tatkala duri manja menguris anaknya
manja itu racun baginya
Dari mata ibu
sayangnya tinggi menggunung
risaunya setajam pisau
yang menyirat-nyirat di benak
doanyaa dulu, kini dan kelak
untukmu wahai anak
Dari mata ibu....
tidak terbalas jasamu
syurga DIA melambaimu..
#credit to my mom Zaini Binti Mohamad Saaid
kasihnya laksana bulan
menerangi kala kegelapan
membina lorong-lorong kecemasan
Dari mata ibu
kasihnya laksana awan
memayungi kala terik
menghembuskan angin salju
Dari mata ibu
Kasihnya laksana mentari

sumber tenaga untuk berjaya
Dari mata ibu
tusukkan duri bisa padanya
perit itu peritnya
tatkala duri manja menguris anaknya
manja itu racun baginya
Dari mata ibu
sayangnya tinggi menggunung
risaunya setajam pisau
yang menyirat-nyirat di benak
doanyaa dulu, kini dan kelak
untukmu wahai anak
Dari mata ibu....
tidak terbalas jasamu
syurga DIA melambaimu..
#credit to my mom Zaini Binti Mohamad Saaid
Subscribe to:
Posts (Atom)