Monday, 9 April 2012

Puisi Sahabat Kanti

Kawan semangkuk sepiring makan
Kawan sebantal seketiduran
Kawan sebaya sepermainan
Bagai kuku dengan daging
Bagai aur dan tebing
Bagai ikan dengan air
Bagai jarum dengan kelindan
Ke hulu sama ke hulu
Ke hilir sama mengalir
Yang tahan asak dengan banding
Yang tahan berpahit-pahit
Kalau koyak tampal menampal
Kalau condong sokong menyokong
Terbakar sama hangus
Terendam sama basah
Luka sama dipampas
Mati tidak diungkit 
Sakit tak disebut
Salah tidak ditimbang
Hutang tak dibayar
Bagai seibu seayah kandung
Bagai kulit dan isi
Bagai lukah dalam air
Itulah kawan yang dicari
Kawan sempit kawan berlapang
Guntingnya tidak memutus
Simpul tidak terungkai lagi...

~Hidup Mesti Bersahabat~

Pnaduan mencari sahabat yang baik:

Pertama :
Carilah sahabat yang berilmu
- Bukan bermakna orang x banyak ilmunya kita xboleh jadikan sahabat. Begini pilih orang yang suka mempelajari sesuatu yang baik2. Dengan itu sendirinya kita juga akan terikut dengan sikapnya itu even xbanyak ,ckit pon jadi la kan..
Rasulullah s.a.w.bersabda yg bermaksud "Menuntut ilmuadalah wajid keatas setiap muslim." (Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)



Kedua :
Carilah sahabat yang benci kezaliman
- Orang yg xsuka kezaliman bermaksud org xsuka bergaduh atau cari gaduh.Kalau org ini bersahabat dengan kita ,maka kita tak kan bergaduh punya. Tapi jangan la ambik kesempatan plak kat dia. Orang macam nie sebenarnya dalam hati dia ada taman ..cinta dan kasih sayang. Kalau bersahabat dengannya jiwa kita xakan kacau, jiwa kita tenang-setenang air kolam ikan kat umah pakcik Man sebelah umah aq nie.
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud "Seseorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yg lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya." (Ruwayat al-Bukhari dan Muslim)



Ketiga : 
Carilah sahabat yang xsuka mangadu domba
- Taw dak maksud mengadu domba?? maksud dia yg nak paham adalah "report" , jaga tepi kain orang lepas tu dok p cerita kat orang plak. Mana boleh macam tu kan?? Tak pandai simpan rahsia dan xamanah.
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud " Tidak masuk syurga orang yang mengacum (menyebar fitnah)."

Keempat :
Carilah sahabat yang bersifat malu
- Maksud malu di sini ialah malu untuk membuat perkara2 mungkar sebab orang begini sentiasa  beringat bahawa ALLAH s.w.t sentiasa memerhatitidak tanduknya, macam ada CCTV.
Namun begitu, malu pon berpada2 dan bertempat, jangan sampai semua benda nak malu haru la nanti.
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud " Malu adalah sebahagian dari iman, dan iman adalah syurga." (Riwayat al-Tarmizi)

 Kelima :
Carilah sahabat yang berpegang pada Janji
- Ni adalah salah 1 sifat yg sukar dilakukan oleh kebanyakan manusia..berpegang pada janji. Paling mudah untuk menilainnya, begini, jika seseorang itu tidak memengang atau mengotakan janjinnya sesama manusia, maka apatah lagi terhadap ALLAH s.w.t. Boleh ka sahabat macam nie bimbing sahabat yg lain untuk ikut perintah ALLAH s.w.t?? sendiri mau ingat la norh.
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud "Tiada keimanan bagi orang yang tidaka amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji."

Dan law nak ikutkan da banyak g panduan nieyh..
xpa la len kali plak laa..hoho