Wednesday, 20 February 2013

Kuatkah Kita??


Sekuat mana hati kita..pasti pernah mengalirkan air mata disebabkan sesuatu perkara yang terjadi kepada kita.. Tu la perasaan sebenarnya..walau kita selalu cakap pada orang yang xpenah kita nampak dia sedih didepan kita, tapi hakikatnya dia pasti sedih, sama ada dia tahan dari bersedih di depan kita atau dia bersedih di dalam hati tatkala wajahnya sentiasa melemparkan senyuman kepada kita... ^__^
Relakan hati kita untuk melepaskan kesedihan yang dirasai, jangan kita tahan, sesungguhnya ia akan membawa keburukan kepada kita balik, Luahkan perasaan kita kepada Allah, nangislah kepadaNYA, DIA sentiasa mengerti apa yang terjadi kepada kita..ceritakan kepada NYA..
  La Tahzan Innallah hama'ana...

Sombongkah kita???


Adakah kita jemu berbuat dosa..??
Adakah kita jemu bermohon taubat pada NYA??
Adakah kita selalu bermohon apa jua pada NYA??
Adakah kita mensyukuri apa yang kita ada??
Adakah ........ ???

Berbagai2 soalan timbul... jadi kita sebagai hambaNYA.. jangan pernah kita jemu memohon dan meminta kepada NYA... Dia xpenah jemu memberi dan Mengkabulkan segala permintaan kita.. sombongkah kita?? sehinggakan dahi xpenah mencecah ke bumi..kenapa? takut kita jatuh ke bumi...xsedarkan kita, kita berpijak di bumi NYA.. kita dicipta dari tanah ini jugak...kenapa perlu sombong?? Fikir2 kan...

.::. jangan pernah jemu ingat padaNYA.. ^___^

Nasihat Sat..



 Nasihat ini di tuju khas untuk semua Muslimin dan Muslimat ... Mukminin Mukninat... ^___^
Sama2 kita perbaiki amalan kita..jangan dok asyik tambah amalan, tapi xperbaiki..memang la baik tambah amalan..tapi utamakan perbaiki amalan kita terutama solat fardhu, yang xbapa nak cukup solat waktu tu..cukup2kan lah ye... kita ini dah la berhutang dengan Allah.. jangan nak tambah lagi hutang kita dengan NYA nanti xlaqat nak bayaq... Allahu Akbar..

Pasal aurat pulak...yang agak xbapa cukup kain ka xpun kain dia dah terhakis dek sabun, sebab qajin basuh tu, dalam erti kata lain kain dia dah nipis sangat tu...tolong na bagi tebai sikit...jaga "harta" kita.
orang dok peqati "harta" kita bukan bermakna nak memilik tapi nak "mencuri" ja.. xbermakna tutup aurat kena pakai tudung labuh, tutup likup semua, x.. bukan macam tu..tutup dengan sempurna apa yang wajib dan dituntut oleh agama kita..tapi ingat na bukan balut pulak..satg paham tutup tu balut...bukan cek na.. apa2 pun kita buat yang terbaik ya.. jadi hamba Allah yang terbaik..insyaAllah ^__^..



Meh Muhasabah Diri...

Mari kita sama² merenungkan apakah kita tergolong dalam golongan ini...

1) balasan bagi wanita yang membuka rambut kepalanya kepada selain suaminya, ia akan digantung dengan rambutnya di atas API NERAKA sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya..

2) dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung atas API NERAKA dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

3) betis, peha dan lengan yang terselak sedia untuk dipanggang macam masywil (BBQ) pedihnya tidak terkira…….

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu diseksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur.

Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyeksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.

Sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempua­n itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehela­i demi sehelai.

.::.C/P

Final..


that is my final exam time table...wish me luck ya..insyaAllah.. semoga ALLAH permudahkan segala2nya.. ^___^

Friday, 15 February 2013

IImu mesti dihafal ... ^__^

Tip Menghafal..
  1. Jauhkan maksiat dan banyak bermain.
    - hafalan yang kuat bermula daripada minda yang jernih dan hati yang bersih.
  2. Kurangkan Makan dan Tidur.
    - "Sesiapa yang kenyang dengan makanan halal, ia akan banyak minum dan banyak tidur, kemudian menyesal kerana telah melewatkan keuntungan."
  3. Cintai Pelajaran dan Baca berulang2.
    - sapa yang menyukai sesuatu pelajaran atau ilmu, ia akan selalu membacanya supaya mudah ingat. Berikut Abu Ishaq al-Shirazi : " Aku selalu membaca pelajarankn seribu kali agar benar2 menghafalnya."
  4. Cari masa yang tepat untuk menghafal
    - waktu malam dan sebelum subuh ialah saat yang paling tepat untuk menghafal pelajaran. Abu Uwais berkata ; " Jika engkau hendak menghafal sesuatu, maka tidurlan lalu bangunlah sebelum subuh. Buka lampu, kemudian bacalah. Sesungguhnya engkau tidak akan lupa setelah itu, insyaAllah." ^__^
  5. Praktik Ilmudan Muzakarah bersama sahabat.
    - Ilmu akan melekat di hati kita jika ia diamalkan dan dipraktikkan. Ibrahim al-Nakha'i berkata : " sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun ia mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya."
SELAMAT BERAMAL.. ^____^ Semoga ia bermanfaat untuk kita..dengan perkongsiaan ini..insyaAllah

Nama Allah ....As-Salam

As-Salam..

Mari kita berkenalan dengan nama Allah As-Salam
  1. Ia membawa erti keamanan, ketenangan, dan kesejahteraan.
  2. Allah selamat daripada sebarang kekurangan dan keaiban yang boleh mencacatkan kebesaran dan keagungan Nya
  3. Merupakan suatu pujian Agung kepada Allah yang amat memberikan keselamatan dan kesejahteraan yang melata di dunia dan akhirat.. ^_^

Allah menciptakan tubuh badan kita selamat dan sejahtera dalam beberapa keadaan antaranya :

  1. Badan kita bergerak ke kiri dan kanan ketika tidur kerana saluran darah yang ditindih oleh berat badan kita akan tersekat. ^__^. Allah melimpahkan kesejahteraanNya kepada kita memberi keistimewaan kepada otak bahawa keadaan badan akan beralih sendiri untuk memastikan pengaliran darah berjalan lancar.
  2. Ketika kita tidur air liur akan banyak terkumpul di dalam mulu. Maha suci Allah yang memiliki sifat AS-SALAM memberikan keselesaan kepada kita ketika kita tidak sedarkan diri melalui proses masuknya air liur ke dalam salur perut secara autometik. ^__^
  3. Seluruh badan kita tidak bergerak ketika tidur, namun jantung tetap berfungsi menjalankan aktivitinya.SubhanAllah..

    Sesungguhnya Kuasa Allah tiada tandingan.. Allahu Akbar ^_____^


Tuesday, 5 February 2013

Mai kita pikir sat..

NAFSU : jom ponteng kelas
AKAL   : Betul juga, sekali sekala apa salahnya..
IMAN   : Menuntut ilmu tu Amanah ALLAH...

NAFSU : Mak aku ni kuat sungguh beleter
AKAL   : Lepaklah dengan kawan2 lagi bez kan..
IMAN   : Syurga itu dibawah tapak kaki ibu..

NAFSU : Awek tu cun laa...
AKAL   : Takkan nak lepaskan peluang...
IMAN   : Jauhi zina..

NAFSU : Malasnya nak sembahyang
AKAL   : Alaa boleh qadak nanti..
IMAM  : Solat tiang agama, paling utama.. kalau2 aku mati sekarang xke mati dalam dosa..

Istiqamah kah kita??

Istiqamah kah kita dalam melakukan amalan kebaikan dan amal ibadah kita terhadap Maha Kuasa ALLAH S.W.T...

Ini ada beberapa panduan untuk kita jadi istiqamah,insyaAllah.. ^__^

  1. Muhasabah diri - Tanya diri kita, kita berubah atas sebab apa? sebab nak tunjuk2?? ikut member?? atau hanya ikut trend?? Fikir la ea...
  2. Perbetulkan niat kita - Pastikan niat untuk berubah hanya kerana Allah, bukan kerana sesiapa .. InsyaAllah amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian manusia akan dibantu oleh Allah untuk kita kosisten.
  3. Bayangkan Azab Allah - Allahu Rabbi pedihnya Azab Allah..setiap kali kita terleka atau lalai dalam mengerjakan amalan abik yang cuba kita amalkan, cuba bayangkan azab Allah yang bakal diterima. Allah menyebut dalam firman NYA " Mereka itulah orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan meninggalkan perintah2 Allah yang membawa kebahagian dalam kehidupan akhirat, maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." (al-baqarah 2:86)

Hidup ada target..

Apa target hidup kita...??

- Sudah tentu dan pasti hidup sempurna, baik dan terhindar daripada kejahatan.

Jawapan penghujungnya-

   -ke syurga. Itu sebab kita wajib berbangga menjadi muslim kerana peluang kita untuk mencapai target terbuka luas. Jadi... jangan sia2kannya selagi kita masih di dunia yang fana ini.. ^___^