Wednesday, 29 May 2013

Sekadar Perkongsian...

Pada sabtu yang lalu, aku dan kak Ja (nama singkatan) seorang lagi kawan bernama Lina...selepas waktu maghrib, kami makan menjamu selera sama-sama, pada masa yang sama kak Ja selalu bertanya tentang agama kepada aku..ni antara dialog yang aku ingat.

......
K.JA : leha akak rasa, akak terlalu banyak dosa, akak xtahu nak cakap macam mana.. :(

AKU : xpa akak alhamdulillah kita kena bersyukur kerana Allah masih lagi inginkan kita kembali
         kepadaNya, dengan memberi sepalit kekesalan terhadap dosa kita terhadapNya, supaya kita
         memohon taubat kepadaNya, kita kan hambaNya yang lemah, sentiasa melakukan kesilapan,
         kita dikatakan setiap detik berada dalam dosa, ya ALLAH kita pun xperasan apa kita buat kan.
         apa-apa pun kita ucap alhamdulillah kerana Allah nak kita kembali mengingatiNya.

K.JA : akak terlalu banyak sangat buat benda-benda yang xbaik, jarang penah solat, walaupun ayah akak
          hantar akak belajar sekolah agama time akak di ABU DHABI dulu, xda orang tegur akak pun
          selama ni, akak rasa, semua akak buat betul je semua, sampai akak free hair pun, parent akak
          xcakap ape pun, akak tahu cara solat semua tu, tapi mudah lupa. BF akak pun xpernah cakap
          tentang solat dan cara pemakaian akak, akak jadi risau dengan semua yang akak buat selama ni.:(


AKU : InsyaAllah akak xterlambat lagi untuk mengubah semua tu, Kita bukak buku life style kita yang
          baru dan kita buat apa yang diperintahkan, dan tinggalkan segala laranganNYA, Allah Maha
          Pengampun akak, kita duduk atas bumi ini pun hak DIA, kita jangan sesekali sombong
          kepadaNYA, kalau kita ni sombong, nak sujud pada DIA pun kita xnak, lebih baik pindah je ke
          planet lain kan akak? ^___^ .. InsyaAllah akak mula slow-slow ye, mula dari bawah, xpayah fikir
          kata orang terhadap akak, biarkan ye, kita doakan depa yang kata kat akak tu pun akan diberi
          hidayah dari Allah, InsyaAllah..

LINA : leha sekolah agama ea dulu? dah macam ustazah dah cakap. (sampuk Lina)

AKU : xda la, xsemestinya orang sekolah agama je boleh cakap tentang agama, dan menyampaikan apa-
         apa yang berkaitan agama, semua orang boleh, yang ustazah tu, memang orang gelar ustazah
         sebab dia pakar dalam ilmu agama. ^__^ Lina pun boleh cakap, asalkan kita ada ilmu tentang tu,
         jangan pakai cakap ja hakikatnya xtahu apa-apa.,

K.JA : ermm tu la, akak pun xtahu nak cakap macam mana, akak selalu jugak tegur orang dulu, sampai
          kawan akak kata pada akak, cakap xserupa bikin, akak faham maksud dia...(air mata kak Ja
          mula mengalir)

AKU : xpa la kak kita sedih kerana mengenangkan dosa kita, xyah la malu-malu.., ^___^..insyaAllah
         akak masih xterlambat, Pintu keampunan Allah masih terbuka luas untuk hamba-hambaNYA..
         InsyaAllah akak boleh ea,..kita buat sama-sama ye akak..kita mula dari bawah.. ^__^

K.JA : akak rasa akak tersangat lah jahat, buat itu ini, bila dah putus dengan BF akak baru nak kembali
          kepada Allah.. akak rasa ada baiknya akak putus dengan BF akak tu kan..

AKU : xbaik cakap macam tu akak, apa yang salah kita perbaiki, Allah nak kita selalu ingat pada Dia,
         sebab tu Dia bagi ujian macam-macam pada kita, sebab Dia ingat kat kita. Semua yang berlaku
         ada hikmahnya tersendiri, tengok akak lepas putus je ngn BF akak, akak terus diberi hidayah dari
         Allah, alhamdulillah ^___^, tu hikmah yang terbesar sekali. Dia dah sediakan seseorang untuk
         akak nanti, Dia xbagi kita couple-couple, sebab boleh dekati kemungkaran. ^__^

LINA : tapi macam Lina sekarang, Lina sayang sangat pada asyraf, dia hansome sangat *___*..Lina
           xnak kehilangan dia. :(

AKU : xpe Lina, kalau betul suka kat dia, bukan kerana paras rupa, nanti tua berkedut jugak, kita mohon
         pertolongan Allah, doa banyak-banyak untuk dijodohkan dengannya.. ALLAH Maha Mendengar.
        ^__^

dengan tiba-tiba terasa hendak membasuh tangan kerana dah kering, makan nasi sambil sembang, macam tu jadinya, sampai lupa nak basuh tangan.. ^___^


                                         

Jom kita sama-sama amalkan, dan memohon keampunan ALLAH selagi matahari tidak timbul di sebelah barat.... InsyaAllah ^___^


Saturday, 25 May 2013

cAn i take your time??


SON: "Daddy, may I ask you a question?"
DAD: "Yeah sure, what is it?"
SON: "Daddy, how much do you make an hour?"
DAD: "That's none of your business. Why do you ask such a thing?"
SON: "I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?"
DAD: "If you must know, I make $100 an hour."
SON: "Oh! (With his head down).
SON: "Daddy, may I please borrow $50?"
The father was furious.
DAD: "If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I work hard everyday for such this childish behavior."

The little boy quietly went to his room and shut the door.
The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?
After about an hour or so, the man had calmed down, and started to think:
Maybe there was something he really needed to buy with that $ 50 and he really didn't ask for money very often. The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

DAD: "Are you asleep, son?"

SON: "No daddy, I'm awake".
DAD: "I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier. It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $50 you asked for."

The little boy sat straight up, smiling.
SON: "Oh, thank you daddy!"
Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills. The man saw that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

DAD: "Why do you want more money if you already have some?"

SON: "Because I didn't have enough, but now I do.

"Daddy, I have $100 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you."

The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness. It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts.
Do remember to share that $100 worth of your time with someone you love? If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family and friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family
 

Jangan Sangka Buruk ye....

" Ku Sangka Orang Gila "

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

# Jangan sangka buruk pada orang , rupa tak mencerminkan hati 

Tuesday, 14 May 2013

Oh Alia

Assalamualaikum...
Pada 9 Mei yang lalu...result untuk diploma dan budak-budak asasi uitm dah diumumkan...seperti yang saya telah kata kan pada entri saya yang lepas..begitu lah keadaannya...tapi tu bukan lah satu isu yang sangat penting yang perlu di tayang unggulkan selalu...ia adalah perkara normal yang akan dialami pada setiap sem bukan untuk pelajar uitm ja..tapi semua pelajar universiti lain pun sama la jugak..

  Tu hanyalah Muqaddimahnye.. sebenarnya citenye lain..Saya ingin cerita suatu kesah yang mungkin akan memberi pengajaran kepada kita semua..ermm mungkin xsemua mungkin sesetengah ja kot insyaAllah..

  Seorang pelajar bernama Alia (bukan nama sebenar) dia adalah seorang pelajar pintar dari bangku sekolah hinggalah ke bangku..err mungkin kerusi universiti la..sedap sikit..Ceritanya bermula semasa dia sedang menunggu keputusan SPMnya..dia tak macam pelajar lain semasa cutinye...dia mengisi masa lapangnya dengan membantu ibunya yang berkerja menjual nasi lemak. Hidupnya bukanlah senang bagai anak menteri, tapi tak la sesusah si miskin di jalanan..hidupnya penuh sederhana..ibunya seorang yang sangat baik, pada hari ibunya tidak menjual, Alia mengisi lapangnya dengan bahan bacaan ilmiah. Dia sangat meminati bidang perubatan, dia tidak jemu-jemu membaca buku berkaitan dengan perubatan, dia bercita-cita untuk menjadi pakar dalam bidang saraf.

 Pada Mac tahun 2009 ..keputusan SPM diumumkan pada hari tersebut Alia sama sekali tidak mengetahui keputusannya diumukan..sehinggalah jirannya bertanya "Alia dapat berapa A SPM?..tanya makcik Bedah..." Keputusan SPM?..hari ni ke makcik?..al maklumlah makcikrumah saya mana la ada tv."..Balas Alia sambil tersengeh-sengeh pada makcik Bedah. Alia sangat dikenali jiran-jirannya dengan sikap peramahnya. "Alia pergi la ambik keputusan kamu tu..makcik ni tak sabar nak tahu..nak harapkan keputusan Amir..ermm makcik tak harap apa-apa la...".Amir ialah anak makcik Bedah seusia dengan Alia, dan Amir seorang pelajar yang pintar tapi pemalas, sebab tu jugak lah makcik Bedah tak mengharapkan apa-apa dari anaknya tu.." errr Alia bukan tak nak pergi, tapi Alia takut keputusan Alia mengecewakan ibu, nanti-nanti la Alia ambik..hehehe..alaa makcik Amir akan dapat keputusan yang cemerlang punyalah..caye cakap Alia..insyaALLAH".." yelalah Alia..insyaALLAH harap macam tu lah..ermm tak apalah Alia makcik nak ke pekan kejap..nanti bagi tahu ye resultnye" Balas Makcik Bedah.

 Selang beberapa hari guru kelasnya..Cikgu Amran datang ke rumahnya dengan  membawa resultnya,..dengan mesarnya dia menyambut kedatangan cikgu Amran..Ibunya berada di dapur tersentak dengan kedatangan cikgu Amran kerana kuatir Alia mempunyai masalah ketika sekolahnya. Cikgu Amran dengan lembutnya menarik sekeping kertas dari sampul surat dan terus dihulurkan kepada Ibu Alia tanpa mendahului Alia...dengan tiba-tiba ibunya mengalirkan air mata, dengan tidak semena-mena ibunya menariknya untuk dipeluk..Alia mendapat keputusan 11A+1C+..di dalam hati Alia sedikit terpalit rasa sedih kerana tidak mendapat straight A+ dengan apa yang diidamkan..tapi rasa syukurnya telah menelan rasa kesedihannya sikit demi sedikit campurdengan kegembiraan ibunya.

  Cita-citanya untuk menyambung belajar dalam bidang Perubatan akan diteruskan..tapi bila diteringatkan dengan keputusannya C+ untuk bahasa inggerisnya..dia terus terdiam."boleh ker aku sambung medic, dengan result macam ni" bisik hatinya dengan penuh sayu..Selepas 2 bulan keputusan SPM diumukan..Alia menerima tawaran untuk membuat persediaan Medic ke Russia..Ibunya sangat gembira bercampur sedih kerana akan terpisah dengan anak kesayangannya itu. Melihat kesedihan ibunya, Alia rasa berbelah bahagi sama ada hendak terima atau tidak tawaran tersebut...Akhirnya Alia membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran tersebut, dan ingin sambung dalam negara sahaja.

  Pada tanggal 19 Jun.. Alia telah mendaftar sebagai mahasiswa di Universiti Malaya..Pusat Asasi Sains Universiti Malaya(PASUM)..Alia memilih UM kerana berhampiran dengan rumahnya..pada hujung minggu dia dapat pulang menjenguk ibu kesayangannya. Pada semester pertama Alia adalah antara pelajar terbaik dalam jurusannya. Alia pernah berjanji pada ibunya untuk pulang pada setiap minggu jika kelapangan, tetapi berbeza pada semester berikutnya dia langsung tidak pulang ke rumah, walaupun dia ada masa kelapangan kerana mengulangkaji pelajarannya..Ibunya sangat risau, dalam hatinya teringin menjejak kaki menjenguk Alia, tapi dia tak nak menggangu Alia. Alia semakin berubah, menjadi seorang yang lebih matang, selepas Alia tamatkan asasinya dan menunggu keputusannya untuk sambung ijazah, Alia berkerja membantu ibunya, dia berkerja di sebuah shopping complex berhampiran rumahnya, dia akan pulang kerja pada setiap pukul 12 malam.

  Hanif seorang pemuda graduan PASUM sama dengan Alia, berkerja tempat sama dengan Alia, Hanif mengenali Alia sejak di PASUM lagi, tetapi mereka berbeza jurusan, Alia aliran Sains Hayat, tapi Hanif Sains Fizikal..Sungguh pun Hanif mengenali Alia, tapi Alia tidak pernah mengenali Hanif selain dari kelasnya sahaja. Hanif sudah lama menyimpan niat untuk mendekati Alia, tapi niatnya itu selalu terhalang dik kerana ramai perempuan meminatinya. Sejak Hanif ternampak Alia bekerja di tempatnya berkerja, hatinya mula berbunga-bunga bak mawar kembang pagi. Alia mengenali Hanif ketika mereka berdua bertembung dengan tidak senaja semasa melakukan kerja, dari situlah mereka berkawan..hampir setiap hari Hanif akan hantar Alia pulang kerumah..

 Pada suatu malam..Hanif mengajak Alia keluar makan bersama selepas waktu bekerja, dengan senang hati Alia menerima ajakan tersebut, semasa jalan pulang Alia tiba-tiba jatuh pengsan, Hanif dengan rasa cemas membawa Alia ke sebuah hotel yang berhampiran dik kerana jauh untuk hantar pulang kerumah Alia dan tiada klinik berhampir yang beroperasi. Hanif membaringkan Alia di kamar bilik hotel tersebut, dengan tiba-tiba hatinya mula berdebar. "ish kenapa dengan aku ni, berdebar semacam je,ishh  takboleh jadi ni".. Hanif merasa nafsunya sedang naik-naik, dik kerana tubuh Alia yang molek itu terbaring, Hanif sedaya upaya untuk tidak mengikuti nafsunya itu, dia beristighfar sebanyak mungkin. Apakan daya nafsu seorang lelaki tidak dapat bertahan, Hanif "meratah Alia dalam keadaan Alia pengsan terkujur kaku.. Ibu Alia sangat bimbang akan ketidak pulangan anaknya tu, dia menganggap anaknya itu membuat over time kerja.. dan hatinya mula kurang rasa bimbang.

  Pada keesokan harinya Alia terjaga dari tidurnya, dan dia menjerit dik kerana terkesima melihat Hanif berada di sebelahnya tanpa surat benang, Alia menangis teresak-esak dan membuatkan Hanif terjaga dari tidurnya. "Awak tenang awak, saya boleh explainkan apa yang terjadi, awak please jangan nangis" berkata Hanif pada Alia, dengan tenang Hnaif menerangkan satu per satu pada Alia..Alia berasa lega dirinya masih terpilihara kerana Hanif tidak mengambil mahkotanya..Hanif membuat keputusan untuk mengahwini Alia demi menjaga kehormatan Alia..pagi itu jugak Hanif menghantar Alia pulang, setibanya mereka di rumah. Ibu Alia terkejut Alia kelihatan sedih dan Hanif dengan tenangnya memceritakan kepada ibu Alia.Ibunya terkejut pada mulanya, dan boleh menerima akhirnya..

  Dengan sekali lafaz Alia sah menjadi isteri kepada Muhammad Hanif bin Ahmad Saufi..pada bulan september 6 bulan selepas Alia dan Hanif tamat pengajian mereka di PASUM, kini Alia dan Hanif masing-masing menerima tawaran sambung belajar ke peringakat ijazah. Alia menerima tawaran dalam bidang Kedoktoran di UM dan Hanif pula di bidang Kejuruteraan Mekanikal di UM...
.....sambungggg nnt ye...