Monday, 25 June 2012

Taubat Nasuha

Apakah taubat nasuha sahaja yang diterima oleh ALLAH??

Dari sudut bahasa, taubat berasal daripada kalimah 'tawaba' yang bermakna pulang atau kembali. Sedangkan taubat dari sudut istilah pula, bererti pulang dan kembali ke ribaan Allah SWT. serta tetap berada di pintuNYA. Taubat adalah istilah bagi seseorang yang menyesal kerana melakukan dosa lalu kembali pada Allah setelh dia melakukan maksiat dan meninggalkan dosa tersebut. Taubat merupakan cabang daripada rahmat Allah. Ia adalah tawaran Allah kepada hamba-hambaNYA agar mereka dapat kembali kepadaNYA setelah mereka tersalah melakukan dosa atau maksiat.





Firman Allah :-
 Wahai orang2 yang beriman!! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan2 kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan nabi dan orang2 yang beriman bersama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang2 munafik meraba2 dalam kegelapan gelap gulita); " Wahai Tuhan kami!! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkan keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu."


Taubat Nasuha adalah taubat yang tulus dan bersungguh2. Ia merupakan taubat yang sebenar. Oleh kerana itu apabaila seseorang bertaubat, dia perlu mengikut cara taubat yang mencapai darjat nasuha sahajalah yang diterima oleh Allah SWT.

Ibnu Katsir menyatakan di dalam kitab tafsirnya, "Taubat Nasuha ertinya adalah taubat yang sebenarnya dan sepenuhnya hati, akan menghapus keburukan2 yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang bertaubat itu, serta menghapuskan keburukan2 yang pernah dilakukan olehnya."


Hassan al-Bashri berkata. " Taubat adalah jika seseorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa yang sama berjanji tidak mengulanginya."


Sa'id bin Musayyab berkata: "Taubat Nasuha adalah agar engkau menasihati diri sendiri."










Wednesday, 13 June 2012

wahai sahabat ....



Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:

* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya

Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?

Saturday, 9 June 2012

Amalan Dalam mencari orang yang tenggelam(lemas)

Ambil 7 biji batu .. Duduk berdekatan dengan tempat oarang yag lemas/tenggelam

Bacakan pada :-



  • Batu yang pertama - surah al-fatihah sebanyak 7x
  • Batu yang kedua - Ayat kursi (surah al-baqarah ayat 255) 7x
  • Batu yang ketiga - surah al- ikhlas sebanyak 7x
  • Batu yang keempat - suarah al-falaq sebanyak 7x
  • Batu yang kelima - surah an-nas sebanyak 7x
  • Batu yang keenam - surah al- a'raaf ayat 18 juzuk 8 sebanyak 7x
Allah berfirman :- "Keluarlah engkau dari syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa antara mereka yang menurutmu, bahawasanya Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan (golongan) kamu ( yang derhaka) semuanya." (Al- A'raf 7:18)
  • Batu yang ketujuh - selawat ke atas Rasulullah saw sebanyak 7x